Throwback alkisah tahun 2012 sebelum kawen

DIY Chiffon Roses untuk baju bersanding

Last night aku pergi beli barang kat Ct Handcraft kat Seksyen 18. Rasanya tujuan utama adalah untuk cari fabric felt dengan beads.

Oh…mataku tak berkelip tatkala melihat pelbagai barangan tu..gilos kejap..dari Ribbon sampailah bunga-bunga, perabot pun hade..amik ko..terbaekkk laaa…

Dari 8.30malam sampai la kedai tutup kul 9.30malam..kalau kedai tu tutup pukul 12malam pun aku sanggup lagi berlegar2 kat situu..ekekkeke

Geram nau tengok barang2 kat situu..lalalalallalalallaa

Aku pun asik mencapai, sehinggalah barang2 yang aku ambil total RM52.00…(budget dalam rm20) dalam tak sedar abih RM50…huiiiiiiiiii

Aku beli felt kaler pink 1 meter untuk buat bunga hantaran..

Kaler merah hati 1 meter untuk buat HB (Handbouquet)..(tamak tak?)

Beli beads untuk baju bersanding aku..actually dah beli beads kat DIOS aritu, tapi macam tak cukup jerrr..

So, aku beli ler lagi..sonok tengok beads..aku nak mengasah bakat jadik tukang jahit ler pulok..keh3

Then, pas mebayar, aku balik ler dengan riang.. niat nak start dengan buat rose chiffon..fist timer beb, ketar jari menjahittt…hahahhaha

Ikot hati, nak layan Gossip Girl dulu kat 8TV..dah sedap layan berepisod..last2 tak tengok pun coz housemate aku Si Husna memaksa rela aku untuk buat jugak chiffon rose tuu..

Membebel je dia..ehehhe * sori Husna…;p

Sape tak bising? Majlis tinggal lagi 40hari, tapi nak DIY macam2?

So, terima kasih la pada Husna kerana membebel remind aku pasal majlis aku yg dah nak dekat tuuu..dekat sangat yer..

Aku rase aku Berjaya la buat chiffon rose tu walaupun pada zahirnya nampak macam bunga taik ayam jekkk…

Errr..boleh improve lagi hari nih kot….;p

Ok, Husna get ready tonight!!! We gonna make DIY-ing sampai pengsan lagii…erghhhh..penat…harap2 dapat buat rose chiffon lagi today…

Ya Allah, permudahkanlah jalanku..Amin…